Netflix menyatakan 'Peranti ini tidak menyokong siaran live'
Jika anda menerima kod ralat E125 atau mesej ini:
Peranti ini tidak menyokong siaran live
Anda boleh menonton acara live pada kebanyakan peranti yang lebih baharu.
Hal ini bermaksud peranti anda tidak menyokong siaran live. Sebilangan kecil peranti yang boleh memainkan rancangan TV dan filem tidak menyokong acara siaran live. Ini disebabkan sama ada apl Netflix atau perisian pada peranti tidak dapat dikemas kini untuk menyokong siaran live.
Untuk menonton acara live, anda perlu menggunakan peranti yang menyokong siaran live. Jika anda tidak mempunyai peranti yang disokong, lazimnya acara live akan tersedia beberapa hari selepas siaran live untuk ditonton seperti tajuk lain di Netflix. Anda akan melihat mesej ini yang menyatakan peranti anda tidak menyokong penyiaran live sehingga waktu tersebut.
Artikel Berkaitan