Netflix menyatakan bahawa 'Kata laluan ini tidak selamat atau terlalu biasa'.

Jika anda melihat ralat yang menyatakan

Kata laluan ini tidak selamat atau terlalu biasa.

Ralat ini boleh berlaku apabila menukar atau menetapkan semula kata laluan anda. Hal ini bermakna kata laluan pilihan anda telah disenaraikan sebagai terjejas atau kata laluan lazim yang kami tidak benarkan atas sebab keselamatan. Untuk menyelesaikan ralat ini, anda perlu memilih kata laluan yang berbeza.

Kata laluan anda mestilah:
  • Berlainan dengan kata laluan yang anda gunakan untuk laman web atau apl lain

  • Mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara

  • Mengandungi gabungan huruf besar dan huruf kecil, nombor dan simbol

  • Sukar diteka - seperti “kata laluan”, “12345678” atau maklumat peribadi lain (nama, tarikh lahir, alamat)

Pengurus kata laluan boleh memudahkan penjejakan kata laluan unik.

Artikel Berkaitan