Netflix menyatakan 'Had Muat Turun Maksimum Dicapai'
Anda mungkin menerima mesej ini semasa cuba memuat turun rancangan TV atau filem:
Had Muat Turun Maksimum Dicapai
Pelan semasa anda menyokong 15 muat turun setiap bulan bagi setiap peranti untuk sejumlah 2 peranti. Had ini akan ditetapkan semula pada hari pertama setiap bulan kalendar.
Pelan dengan iklan dihadkan kepada 15 muat turun bagi setiap peranti untuk setiap bulan kalendar. Had ini ditetapkan semula pada hari pertama setiap bulan kalendar. Anda masih boleh menonton rancangan TV dan filem Netflix dalam talian dengan menyambung kepada Internet.
Untuk muat turun lebih banyak tajuk, anda perlu menunggu sehingga had ini ditetapkan semula atau tukar kepada pelan tanpa iklan sekarang untuk membenarkan lebih banyak muat turun.
Artikel berkaitan