Cara mengurangkan pelepasan karbon daripada pengalaman tontonan anda
Netflix komited untuk mengurangkan jejak karbon kami, termasuk di lokasi penerbitan rancangan TV dan filem kami yang disukai oleh ahli kami.
Walaupun menonton Netflix di rumah bukan sumber pelepasan karbon yang besar berbanding dengan aktiviti harian yang lain, pelepasan yang dijana adalah terutamanya daripada peranti elektronik di rumah anda. Netflix berusaha menjadikan penstriman secekap yang mungkin, berikut ialah beberapa petua yang boleh anda lakukan di rumah untuk mengurangkan pelepasan karbon sewaktu pengalaman tontonan anda:
Tetapkan TV anda kepada Mod Mesra Alam. Tindakan ini boleh membantu TV anda menjimatkan tenaga secara automatik.
Malapkan lampu. Skrin biasanya menggunakan lebih banyak tenaga apabila anda melihat skrin di dalam bilik yang terang. Dengan memalapkan cahaya lampu isi rumah, anda boleh membantu untuk menjimatkan tenaga yang digunakan oleh lampu dan TV anda.
Pilih saiz skrin yang terbaik. Skrin TV anda menyumbang kepada kebanyakan penggunaan tenaga tontonan di rumah anda. Anda boleh membantu untuk mengoptimumkan pengalaman tontonan anda dan menjimatkan tenaga dengan memilih TV yang cekap tenaga dan sesuai dengan saiz bilik anda.
Gunakan peranti yang dibaik pulih dan dikitar semula. Banyak peruncit menawarkan peranti bermutu tinggi yang dibuat daripada bahagian yang telah digunakan secara ringan dan dikitar semula. Perkara ini boleh membantu untuk mengurangkan kesan pengeluaran elektronik pada alam sekitar.
Gunakan Wi-Fi. Apabila tersedia, sama ada di rumah atau ruang awam, rangkaian Wi-Fi biasanya lebih baik daripada rangkaian mudah alih kerana secara lazimnya tidak menggunakan tenaga tambahan untuk penstriman.
Gunakan "Mod Auto” pada peranti mudah alih. Tetapkan peranti mudah alih anda kepada “Mod Auto” untuk mengoptimumkan kualiti penstriman, penggunaan data dan kelajuan Sambungan Internet.