Cara menukar alamat e-mel anda di Netflix

Smartphone screen showing Netflix security settings with the 'Email' option highlighted, featuring the address "joyce.byers@sbcglobal.net."

Untuk menukar alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke Netflix, pergi ke halaman Tukar E-mel. Anda mungkin perlu mendaftar masuk jika anda belum berbuat demikian.

  • Jika profil Kanak-kanak adalah aktif, tukar kepada profil lain terlebih dahulu, kemudian cuba lagi.

  • Anda mungkin perlu mengesahkan identiti anda sebelum membuat perubahan.

  • Alamat e-mel mestilah mengandungi 4 hingga 50 aksara.

  • Anda tidak boleh menukar kepada alamat e-mel yang sudah digunakan pada akaun lain.

Jika anda tidak dapat mendaftar masuk dengan kata laluan semasa anda, hantar e-mel tetapan semula kata laluan kepada diri anda.


Jika anda terlupa alamat e-mel yang anda gunakan untuk akaun anda, pergi ke halaman Kemas kini kata laluan, e-mel atau nombor telefon, ketik atau klik Saya tidak ingat e-mel atau nombor telefon saya, kemudian ikut langkah berikut.

Artikel Berkaitan