Ralat Netflix M7121-5006
Jika anda menghadapi kod ralat M7121-5006 pada komputer anda, biasanya disertakan dengan mesej berikut:
Maaf, terlalu ramai orang sedang menonton pada akaun anda sekarang.
Akaun Netflix anda telah mencapai bilangan maksimum strim yang aktif. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.
Tutup tab penyemak imbas atau tetingkap lain yang sedang membuka Netflix.
Tutup Netflix pada mana-mana peranti lain yang dimainkan pada masa yang sama.
Cuba Netflix sekali lagi.
Jika langkah ini tidak menyelesaikan masalah atau ralat masih berlaku:
Semak pelan Netflix anda untuk mengetahui bilangan peranti yang boleh dimainkan pada masa yang sama pada akaun anda.
Semak aktiviti akaun anda untuk mengetahui peranti yang memainkan Netflix baru-baru ini.
Jika anda berpendapat akaun anda sedang digunakan tanpa dibenarkan, anda boleh menghentikan seseorang daripada menggunakan akaun Netflix anda.