Netflix menyatakan 'Akaun anda ditahan kerana terdapat masalah dengan pembayaran terakhir anda'.
Jika anda menerima kod ralat E101 atau mesej ini:
Akaun anda ditahan kerana terdapat masalah dengan pembayaran terakhir anda.
Hal ini bermakna Netflix tidak dapat memproses pembayaran untuk akaun anda. Hal ini mungkin berlaku atas beberapa sebab:
Kaedah pembayaran tersebut mungkin tiada wang yang mencukupi.
Harap maklum bahawa caj tertunggak atau pegangan yang dibenarkan boleh menjejaskan baki yang tersedia pada kad anda.
Kaedah pembayaran telah tamat tempoh atau tidak lagi sah.
Institusi kewangan anda tidak meluluskan caj bulanan.
Maklumat pembayaran yang diberikan kepada Netflix tidak sepadan dengan rekod pada bank anda.
AS sahaja: Kod zip kad kredit pada akaun Netflix anda tidak sepadan dengan maklumat yang disenaraikan oleh bank anda.
Ikut langkah ini untuk menyelesaikan masalah.