Cara menggunakan Netflix pada TV LG, pemain Blu-ray atau pemain media penstriman anda

Gunakan artikel ini untuk mengetahui tentang ciri Netflix pada TV LG, pemain Blu-ray, pemain media penstriman atau sistem teater rumah anda. Jika anda tidak pasti sama ada Netflix berfungsi pada peranti anda, ikut langkah dalam bahagian “Sediakan Netflix”.

Ciri Netflix
Sediakan Netflix
Daftar Keluar daripada Netflix
Netflix dalam Ultra HD
Netflix dalam HDR

Netflix tersedia pada banyak peranti LG.

Rantau yang disokong

Netflix tersedia di seluruh dunia. Kebanyakan peranti akan berfungsi di tempat yang tersedia dengan Netflix tetapi sesetengah peranti lama hanya akan berfungsi di negara peranti dibeli. Jika anda membuat pertimbangan untuk membeli peranti baharu, rujuk pengeluar untuk mengetahui sama ada peranti tersebut menyokong Netflix di rantau anda.

Navigasi

Pada kebanyakan peranti, anda boleh menyemak imbas pelbagai barisan rancangan TV dan filem, termasuk barisan yang dikhaskan untuk pemilihan Senarai Saya. Setiap baris mewakili kategori (contohnya, komedi atau drama) yang kami persembahkan kepada anda berdasarkan rancangan yang anda tonton.

Peranti yang lebih lama mungkin tidak mempunyai barisan kategori tetapi masih membolehkan anda untuk tatal melalui Senarai Saya yang boleh dicipta menggunakan laman web Netflix.

Resolusi

Kebanyakan peranti boleh menstrim Netflix dalam definisi tinggi dengan sambungan Internet yang laju dan akan memainkan Netflix dalam resolusi maksimum yang disokong.

Kawalan ibu bapa

Anda boleh menetapkan kawalan ibu bapa pada profil Netflix individu.

Sari kata & audio alternatif

Ketahui cara menghidupkan sari kata, kapsyen tertutup dan audio alternatif (termasuk bunyi keliling 5.1), yang tersedia pada kebanyakan rancangan TV dan filem. Untuk menyemak sama ada audio 5.1 berfungsi pada peranti anda, pergi ke Asli Netflix untuk melihat sama ada terdapat pilihan audio 5.1. Jika tidak, ciri ini tidak berfungsi pada peranti anda. Anda boleh menyuai khas penampilan sari kata dan kapsyen pada kebanyakan peranti. Peranti yang tidak menyokong penyesuaian akan memaparkan sari kata dan kapsyen dalam penampilan lalai.

Pada sesetengah peranti, anda juga boleh menstrim tajuk terpilih dengan audio Dolby Atmos, termasuk model berikut.

  • TV OLED LG (model 2017 atau lebih baharu)

Untuk menyambungkan TV LG, pemain Blu-ray, pemain media penstriman atau sistem teater rumah anda kepada akaun Netflix anda, pastikan anda berada pada skrin Utama dan buat pilihan berikut yang paling tepat menerangkan peranti anda.

Jika anda melihat pilihan Netflix pada skrin

  1. Pilih Netflix daripada skrin Utama.

  2. Pilih Daftar Masuk.

    • Jika anda tidak melihat Daftar Masuk, pilih Ya pada skrin Adakah anda ahli Netflix? .

    • Jika anda belum menjadi ahli, sediakan keahlian anda.

  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda serta pilih Daftar Masuk.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Jika anda melihat pilihan TV Internet pada skrin

  1. Pilih TV Internet daripada skrin Utama.

  2. Pilih Netflix.

  3. Pilih Daftar Masuk.

    • Jika anda tidak melihat Daftar Masuk, pilih Ya pada skrin Adakah anda ahli Netflix? .

    • Jika anda belum menjadi ahli, sediakan keahlian anda.

  4. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda serta pilih Daftar Masuk.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Jika anda melihat pilihan Premium pada skrin

  1. Pilih Premium daripada skrin Utama.

  2. Pilih Netflix.

  3. Pilih Daftar Masuk.

    • Jika anda tidak melihat Daftar Masuk, pilih Ya pada skrin Adakah anda ahli Netflix? .

    • Jika anda belum menjadi ahli, sediakan keahlian anda.

  4. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  5. Pilih Daftar Masuk.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Jika anda melihat pilihan Netcast pada skrin

  1. Navigasi kepada Netcast, kemudian pilih Netflix.

  2. Pilih Daftar Masuk.

    • Jika anda tidak melihat Daftar Masuk, pilih Ya pada skrin Adakah anda ahli Netflix? .

    • Jika anda belum menjadi ahli, sediakan keahlian anda.

  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda serta pilih Daftar Masuk.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk mendaftar keluar daripada TV LG, pemain Blu-ray, pemain media penstriman atau sistem teater rumah anda daripada akaun Netflix anda, mulakan daripada skrin Utama dan buat pilihan di bawah yang paling tepat menerangkan peranti anda.

Jika anda melihat pilihan Premium pada skrin

  1. Pilih Apl Premium.

  2. Pilih Tetapan.

    • Jika anda tidak melihat Tetapan, teruskan dengan langkah berikut.

  3. Pilih Pilihan.

    • Anda mungkin perlu menekan butang hijau dengan dua titik pada alat kawalan jauh anda untuk melengkapkan langkah ini.

  4. Pilih Penyahaktifan Netflix.

Jika anda melihat pilihan Netcast pada skrin

  1. Pilih Netcast.

  2. Pilih Persediaan.

  3. Pilih Penyelenggaraan Perkhidmatan.

    • Jika anda tidak melihat Penyelenggaraan Perkhidmatan, langkau kepada langkah bagi pilihan Persediaan di bawah.

  4. Pilih Penyahaktifan Netflix.

  5. Pilih OK untuk mengesahkan penyahaktifan.

Jika anda melihat pilihan Pesediaan pada skrin

  1. Pilih Persediaan.

  2. Pilih Rangkaian.

  3. Pilih Netflix.

  4. Pilih Nyahaktifkan Netflix.

  5. Pilih YA untuk mengesahkan penyahaktifan.

Jika anda tidak dapat melakukan langkah di atas, teruskan kepada langkah di bawah.

Jika anda tidak melihat sebarang pilihan di atas

  1. Pergi ke skrin utama Netflix, kemudian pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan > Daftar keluar > Ya.

    Perhatian:
    Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, pergi ke atas dan pilih Tetapan ikon tetapan.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, Tetapan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Mulakan Semula, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.

Netflix tersedia dalam Ultra HD pada kebanyakan TV Ultra HD LG. Untuk menstrim dalam Ultra HD, anda akan memerlukan:

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • TV Ultra HD 2014 atau lebih baharu dengan apl Netflix yang dapat menstrim kandungan Ultra HD pada 60 Hz.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Netflix tersedia dalam Dolby Vision dan HDR pada TV LG dan pemain Blu-ray terpilih. Untuk menstrim dalam Dolby Vision atau HDR, anda akan memerlukan:

  • TV pintar yang menyokong sama ada Dolby Vision atau HDR10 dan Netflix.

    • Sekiranya anda menggunakan pemain Blu-ray didayakan HDR, anda perlu menyambungkannya kepada TV pintar didayakan HDR melalui port HDMI yang menyokong HDCP 2.2 atau lebih baharu (lazimnya port HDMI 1.)

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Artikel Berkaitan