Hubungi kami melalui apl Netflix
Untuk menghubungi Khidmat Pelanggan Netflix melalui apl Netflix, anda perlu memuat turun apl tersebut pada iPhone atau iPad, telefon pintar atau tablet Android anda. Membuat panggilan melalui apl Netflix memerlukan sambungan Internet yang stabil melalui Wi-Fi atau data selular.
Panggilan melalui apl Netflix semasa disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi atau data selular adalah percuma tanpa kos jarak jauh. Kadar data melalui sambungan selular mungkin akan dikenakan bergantung pada penyedia anda.