Netflix menyatakan 'Malangnya, Netflix Berhenti Berfungsi.'

Jika anda melihat ralat pada telefon, tablet atau TV Android anda yang menyatakan

Malangnya, Netflix Berhenti Berfungsi

Hal ini biasanya disebabkan apl atau sistem anda perlu dikemas kini. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut bagi peranti anda untuk menyelesaikan masalah.

Jika anda menggunakan Penyambung Wi-Fi Linksys RE6500 AC1200, sila lawati laman web pengeluar dan kemas kini kepada versi 1.0.06.011 atau lebih baharu. Sekiranya anda menghadapi masalah melengkapkan kemas kini ini, sila hubungi sokongan Linksys. Jika anda tidak menggunakan Penyambung Wi-Fi Linksys RE6500 AC1200, teruskan penyelesaian masalah berikut.

  1. Buka apl Tetapan.

  2. Ketik Sistem > Kemas kini sistem.

  3. Semak dan pasang kemas kini yang tersedia.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda sedang menggunakan telefon atau tablet Android, buka halaman Netflix dalam Play Store, kemudian ketik Kemas kini.

Anda juga boleh mengemas kini apl Netflix melalui langkah ini:

  1. Buka apl Play Store. Jika anda tidak mempunyai apl tersebut, anda mungkin perlu menyelesaikan masalah dengan Play Store.

  2. Dalam bar Carian, taip "Netflix".

  3. Dalam senarai, ketik apl Netflix. Jika anda tidak menemukan apl Netflix, ikut langkah dalam artikel ini.

  4. Ketik Kemas kini. Jika anda tidak melihat pilihan ini, maka apl adalah terkini.

Langkah ini akan mengalih keluar muat turun rancangan TV atau filem yang disimpan pada peranti anda dan mendaftar keluar anda daripada akaun Netflix anda.

Jika anda sedang menggunakan telefon atau tablet Android anda, buka halaman Netflix di Play Store, ketik Nyahpasang, kemudian ketik Pasang.

Langkah ini juga akan memasang semula apl:

  1. Buka apl Play Store, kemudian cari "Netflix".

  2. Dalam senarai, cari dan ketik apl Netflix.

  3. Ketik Nyahpasang.

  4. Ketik Pasang dan tunggu sehingga selesai.

  5. Ketik Buka, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda menggunakan tablet Lenovo Yoga, sahkan model peranti anda:

  1. Buka apl Tetapan.

  2. Pilih Umum.

  3. Pilih Perihal Peranti.

  4. Lihat model yang disenaraikan dalam Nombor Model.

  • Jika model yang disenaraikan ialah B8080-F atau B8080-H:

    • Peranti anda mengalami masalah perkakasan atau perisian yang hanya dapat diselesaikan oleh pengeluar peranti. Untuk kembali menonton Netflix, anda perlu menghubungi pengeluar peranti. Mereka mungkin ada cadangan untuk membaiki peranti tersebut. Jika mereka tidak mempunyai langkah tambahan atau langkah tambahan yang diberikan masih tidak dapat menyelesaikan masalah, anda perlu menggunakan peranti lain yang didayakan Netflix untuk meneruskan penstriman.

  • Jika model anda bukan B8080-F atau B8080 atau jika peranti anda bukan tablet Lenovo Yoga, teruskan penyelesaian masalah berikut.

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.

Jika anda menggunakan Penyambung Wi-Fi Linksys RE6500 AC1200, sila lawati laman web pengeluar dan kemas kini kepada versi 1.0.06.011 atau lebih baharu. Sekiranya anda menghadapi masalah melengkapkan kemas kini ini, sila hubungi sokongan Linksys. Jika anda tidak menggunakan Penyambung Wi-Fi Linksys RE6500 AC1200, teruskan penyelesaian masalah berikut.

  1. Tekan butang Utama pada alat kawalan jauh anda.

  2. Navigasi ke dan pilih Tetapan.

  3. Navigasi ke dan pilih Perihal.

  4. Pilih Kemas kini perisian sistem.

  5. Pilih Semak kemas kini perisian sistem.

  6. Setelah anda memuat turun kemas kini yang tersedia, cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda sedang menggunakan telefon atau tablet Android, buka halaman Netflix dalam Play Store, kemudian ketik Kemas kini.

Anda juga boleh mengemas kini apl Netflix melalui langkah ini:

  1. Buka apl Play Store. Jika anda tidak mempunyai apl tersebut, anda mungkin perlu menyelesaikan masalah dengan Play Store.

  2. Dalam bar Carian, taip "Netflix".

  3. Dalam senarai, ketik apl Netflix. Jika anda tidak menemukan apl Netflix, ikut langkah dalam artikel ini.

  4. Ketik Kemas kini. Jika anda tidak melihat pilihan ini, maka apl adalah terkini.

Artikel Berkaitan