Bagaimanakah cara mengawal jumlah data yang digunakan oleh Netflix

Apabila anda menonton rancangan TV atau filem pada apl Netflix, anda akan menggunakan jumlah data yang berlainan setiap jam, bergantung pada kualiti video. Anda boleh melaraskan tetapan penggunaan data anda dengan mengikut langkah berikut.

Netflix menawarkan 4 tetapan penggunaan data.

Data yang digunakan setiap jam pada setiap peranti:

  1. Rendah: Kualiti video asas, sehingga 0.3 GB

  2. Sederhana: Kualiti video standard, sehingga 0.7 GB

  3. Tinggi: Kualiti video terbaik:

    • Definisi standard: sehingga 1 GB

    • Definisi tinggi: sehingga 3 GB

    • Definisi ultra tinggi (4K): sehingga 7 GB

  4. Automatik: Dilaraskan secara automatik untuk memberikan kualiti terbaik berdasarkan kelajuan sambungan Internet semasa anda.

Laraskan tetapan penggunaan data anda

Anda boleh menetapkan tetapan penggunaan data yang berlainan bagi setiap profil pada akaun anda. Untuk mengubah tetapan anda:

  1. Dengan menggunakan penyemak imbas, pergi ke halaman Akaun anda.

  2. Pilih Profil, kemudian pilih profil.

  3. Pilih tetapan Main balik.

  4. Pilih tetapan penggunaan data yang anda inginkan.

    Perhatian:Sekatan terhadap penggunaan data mungkin menjejaskan kualiti video anda.

  5. Pilih Simpan.

Netflix menawarkan 4 tetapan penggunaan data mudah alih:

  1. Automatik: Apl Netflix memilih tetapan yang mengimbangkan penggunaan data dan kualiti video. Anda boleh menonton kira-kira 4 jam bagi setiap GB data.

  2. Wi-Fi Sahaja: Strim hanya apabila bersambung kepada Wi-Fi.

  3. Jimat Data: Tonton kira-kira 6 jam bagi setiap GB data.

  4. Data Maksimum:

    • Kualiti yang setinggi mungkin bagi peranti anda dan rancangan TV atau filem yang sedang ditonton.

    • Boleh menggunakan 1 GB bagi setiap 20 minit atau lebih, bergantung pada peranti dan kelajuan rangkaian anda.

    • Hanya dicadangkan jika anda mempunyai pelan data tanpa had.

Perhatian:Jika anda juga telah menetapkan penggunaan data Netflix anda, penstriman pada peranti mudah alih tidak akan melebihi had tetapan ini.

Laraskan tetapan penggunaan data mudah alih anda

Untuk memilih tetapan yang terbaik bagi pelan data mudah alih anda:

  1. Buka apl Netflix.

  2. Di bahagian bawah kanan, ketik Netflix Saya.

  3. Di bahagian atas kanan, ketik Menu.

  4. Ketik Tetapan Apl.

  5. Dalam Main Balik Video, pilih Penggunaan Data Selular.

    • Untuk melaraskan tetapan data muat turun anda, hidupkan atau matikan Wi-Fi Sahaja di bawah Muat Turun.

  6. Pilih tetapan pilihan anda.

Perhatian:Anda tidak akan dapat menukar tetapan ini jika Automatik dihidupkan atau anda mempunyai muat turun yang belum selesai. Jika tetapan data pilihan anda dikelabukan, tetapkan Automatik kepada dimatikan atau batalkan semua muat turun yang belum selesai atau tunggu sehingga muat turun selesai, kemudian cuba lagi.

Artikel Berkaitan