Ralat Netflix 113

Jika anda melihat kod ralat 113 pada Apple TV anda, biasanya disertakan dengan salah satu mesej berikut:

Maaf, kami menghadapi masalah untuk membenarkan anda log masuk.

Nama atau kata laluan akaun Netflix anda tidak dapat disahkan. Sila cuba lagi. Pergi ke www.netflix.com/support untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hal ini biasanya bermaksud terdapat masalah berkaitan dengan maklumat pendaftaran masuk anda. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

Pastikan e-mel yang dipaparkan pada TV anda adalah betul. Jika tidak, klik Sebelumnya untuk kembali dan betulkannya.

Masukkan kata laluan anda sekali lagi, jangan lupa bahawa kata laluan Netflix adalah sensitif huruf. Klik anak panah pada skrin untuk menukar antara huruf besar dan huruf kecil. Klik Tunjukkan Kata Laluan untuk melihat kata laluan anda dan mengesahkan bahawa kata laluan tersebut adalah betul.

Anda perlu menetapkan semula kata laluan anda. Pergi ke bahagian Cara menukar atau menetapkan semula kata laluan untuk berbuat demikian.

  1. Matikan peranti anda. Jika peranti anda mempunyai kabel kuasa, cabut palam peranti anda.

  2. Pastikan peranti anda dimatikan sepenuhnya dan bukan dalam mod tidur atau tunggu sedia.

  3. Biarkan peranti anda dimatikan selama 15 saat.

  4. Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Padamkan Netflix

  1. Pada skrin utama Apple TV, serlahkan apl Netflix.

  2. Tekan dan tahan permukaan sentuh atau gegelung pad klik pada bahagian tengah alat kawalan jauh anda sehingga apl Netflix mula bergoncang.

  3. Tekan butang Mainkan/Jeda untuk memadamkan apl.

  4. Pilih Padam untuk membuat pengesahan.

Pasang Semula Netflix

  1. Pada skrin utama Apple TV, buka App Store.

  2. Cari "Netflix" untuk mencari apl, kemudian pilih Pasang.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

  1. Pergi ke skrin utama, kemudian pilih Tetapan.

  2. Pilih Sistem > Kemas Kini Perisian > Kemas Kini Perisian.

  3. Jika tersedia, pilih Muat Turun dan Pasang. Jika anda tidak melihat pilihan ini, maka peranti anda adalah terkini.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian:Langkah ini mungkin berlainan bagi model Apple TV anda. Lawati halaman sokongan Apple untuk mengetahui langkah mengemas kini perisian Apple TV anda.

Langkah ini akan memadamkan Apple TV anda, menetapkan semula tetapan yang disimpan dan mengosongkan data yang disimpan pada peranti anda seperti butiran log masuk Netflix anda dan nama serta kata laluan Wi-Fi anda. Pastikan maklumat ini tersedia dan ikut langkah ini hanya jika langkah lain tidak menyelesaikan masalah.

Untuk menyelesaikan masalah:

  1. Ikut langkah Apple untuk menetapkan semula atau memulihkan Apple TV anda kepada tetapan kilang.

  2. Selepas menetapkan semula Apple TV anda dan menyelesaikan persediaan awal, cuba Netflix sekali lagi.

Artikel Berkaitan