Netflix menyatakan 'Ralat berlaku ketika memproses permintaan anda.'

Ralat berlaku ketika memproses permintaan anda.
Maklumat log masuk yang anda masukkan tidak sepadan dengan akaun dalam rekod kami.

Ralat ini biasanya berlaku apabila e-mel atau kata laluan yang dimasukkan salah atau apabila data yang disimpan pada peranti anda perlu disegar semula.

Untuk menyelesaikan masalah:

  1. Pastikan e-mel yang dipaparkan pada skrin adalah betul. Jika tidak, gunakan backspace untuk kembali dan betulkan sebarang kesilapan atau kesalahan ejaan.

  2. Masukkan kata laluan anda sekali lagi. Jangan lupa bahawa kata laluan Netflix adalah sensitif huruf. Untuk menukar antara huruf besar dengan huruf kecil, pilih anak panah ke atas.

  3. Pilih Teruskan untuk mencuba Netflix sekali lagi.

Anda perlu menetapkan semula kata laluan anda. Pergi ke bahagian Cara menukar atau menetapkan semula kata laluan untuk berbuat demikian.

  1. Cabut palam peranti anda daripada kuasa.

  2. Tekan sekali butang kuasa pada peranti dan tunggu 1 minit, atau cabutkan palam peranti dan tunggu 3 minit.

  3. Pasang semula peranti anda.

  4. Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Untuk menetapkan semula apl, ikut langkah ini pada mana-mana skrin:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan menggunakan alat kawalan jauh anda:
    Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pilih Nyahaktifkan atau Mulakan Semula.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Jika langkah di atas tidak berjaya atau anda masih tidak dapat mendaftar masuk, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Artikel Berkaitan