Ralat 'Maaf, kesilapan telah berlaku' semasa menukar kata laluan

Anda mungkin mendapat mesej ralat ini semasa menukar atau menetapkan semula kata laluan.

Maaf, kesilapan telah berlaku. Sila cuba lagi kemudian.

Mesej ralat ini adalah biasa dan lazimnya akan dibaiki sendiri selepas tempoh yang pendek. Jika ralat tidak dibaiki sendiri, langkah penyelesaian masalah ini boleh membantu anda.

Ikut langkah berikut mengikut urutan. Selepas setiap langkah, cuba Netflix sekali lagi.

Cuba lagi dengan penyemak imbas pada telefon bimbit atau tablet anda atau cuba penyemak imbas yang berlainan, seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox.

  1. Pergi ke netflix.com/clearcookies. Tindakan ini akan mendaftar keluar anda daripada akaun anda.

  2. Sila Daftar Masuk menggunakan e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  3. Cuba Netflix sekali lagi.

Mungkin terdapat masalah dengan tetapan rangkaian pada peranti anda atau modem atau penghala anda.

Cuba langkah berikut. Selepas setiap langkah, cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian:Untuk mendapatkan bantuan untuk melakukan langkah ini, anda mungkin perlu menghubungi syarikat yang mengeluarkan peranti anda, penyedia perkhidmatan Internet (ISP) anda atau penyedia VPN anda.

  1. Jika anda menggunakan VPN, cuba matikan VPN.

  2. Tetapkan semula tetapan rangkaian pada peranti yang bermasalah.

  3. Pulihkan modem atau penghala anda kepada tetapan lalai.

Jika anda telah mencuba langkah di atas dan masih mendapat ralat ini, tunggu sekurang-kurangnya 24 jam, kemudian cuba lagi.

Artikel berkaitan:

Artikel Berkaitan