Ralat Netflix tvq-pb-101 (2.10.5006)

Jika anda menghadapi kod ralat tvq-pb-101 (2.10.5006), masalah ini biasanya disertakan dengan mesej berikut:

Akaun Netflix anda digunakan pada terlalu banyak peranti. Sila hentikan tontonan pada peranti lain untuk teruskan. Lawati netflix.com/help untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Akaun Netflix anda telah mencapai bilangan maksimum strim yang aktif. Ikut langkah penyelesaian masalah berikut untuk menyelesaikan masalah.

  • Pada peranti berlainan yang menggunakan akaun anda, hentikan Netflix daripada dimainkan atau tutup apl Netflix. Jika anda tidak pasti peranti pada akaun anda yang mungkin memainkan Netflix pada masa yang sama, anda boleh menyemak peranti yang digunakan untuk tontonan baru-baru ini.

    Perhatian:Selepas menghentikan Netflix pada peranti yang berlainan, anda mungkin perlu menunggu 5-10 minit sebelum anda boleh menonton pada peranti anda.

  • Anda juga boleh meningkatkan pelan Netflix anda untuk membolehkan tontonan pada lebih banyak peranti pada masa yang sama (hingga 4 dengan pelan Premium).

Jika akaun Netflix anda sedang digunakan tanpa kebenaran, anda boleh menghentikan seseorang daripada menggunakan akaun anda.

Artikel Berkaitan