Cara mengesahkan identiti anda untuk membuat perubahan akaun

Sebagai langkah keselamatan tambahan, kami mungkin meminta ahli untuk mengesahkan beberapa maklumat semasa menukar butiran akaun yang penting.

Skrin Pemeriksaan Keselamatan dipaparkan apabila anda perlu mengesahkan identiti anda. Anda perlu sama ada memasukkan kod 6 digit yang kami hantar kepada e-mel atau nombor telefon anda atau mengesahkan butiran pembayaran anda.

Pengesahan untuk perubahan e-mel atau nombor telefon

Perhatian:Nombor telefon pada akaun Netflix anda mestilah disahkan untuk menerima pesanan teks bagi perubahan akaun.

  1. Kami akan menghantar mesej kepada nombor telefon yang disahkan pada akaun Netflix anda.

  2. Pesanan teks itu akan menyatakan Gunakan kod ini (6 digit) untuk mengesahkan identiti anda. Kami cuma ingin mengesahkan identiti anda.

  3. Kembali ke halaman Pemeriksaan Keselamatan di Netflix, masukkan kod dan klik atau ketik butang Teruskan.

  4. Jika anda memasukkan kod dengan betul, anda akan dihalakan ke skrin tukar e-mel atau tukar nombor telefon untuk meneruskan proses.

Jika anda tidak menerima kod, pastikan nombor telefon pada akaun Netflix anda adalah terkini. Jika ya, pilih Hantar Semula Kod untuk menghantar mesej lain.

  1. Jika kod yang anda terima tidak berfungsi, klik atau ketik pautan Hantar Semula Kod pada halaman.

  2. Semak mesej teks anda yang menyatakan Gunakan kod (6 digit) ini untuk mengesahkan identiti anda. Kami cuma ingin mengesahkan identiti anda.

  3. Kembali ke halaman Pemeriksaan Keselamatan di Netflix, masukkan kod dan klik atau ketik butang Teruskan.

  4. Jika anda memasukkan kod dengan betul, anda akan dihalakan ke skrin tukar e-mel atau tukar nombor telefon untuk meneruskan proses.

Klik atau ketik pautan Cuba Cara Lain pada halaman Pemeriksaan Keselamatan kemudian pilih salah satu kaedah lain untuk mengesahkan identiti anda. Kami juga mencadangkan agar anda mengemas kini nombor telefon dalam rekod daripada halaman Akaun anda.

Keadaan ini mungkin berlaku apabila anda melengkapkan Pemeriksaan Keselamatan dengan salah terlalu banyak kali.

  1. Kami akan menghantar e-mel kepada anda dengan subjek Penetapan semula kata laluan diperlukan.

  2. E-mel ini mempunyai arahan tentang penetapan semula kata laluan anda.

    • Jika anda tidak dapat melihat e-mel ini, pastikan anda menyemak folder promosi atau spam anda.

  3. Ikut arahan untuk menetapkan semula kata laluan anda, kemudian cuba perubahan akaun anda yang lain sekali lagi.

  1. Semak e-mel utama pada akaun bagi e-mel dengan subjek Sahkan perubahan akaun anda dengan kod ini.

    • Jika anda tidak dapat melihat e-mel ini, pastikan anda menyemak folder promosi atau spam anda.

  2. Buka e-mel untuk melihat kod 6 digit.

  3. Kembali ke halaman Pemeriksaan Keselamatan di Netflix, masukkan kod dan klik atau ketik butang Teruskan.

  4. Jika anda memasukkan kod dengan betul, anda akan dihalakan ke skrin tukar e-mel atau tukar nombor telefon untuk meneruskan proses.

  1. Semak sekali lagi bahawa e-mel tersebut tidak termasuk dalam folder promosi atau spam anda.

  2. Jika anda masih tidak dapat mencari e-mel tersebut, klik atau ketik pautan Hantar Semula Kod pada halaman Pemeriksaan Keselamatan untuk menghantar e-mel yang lain, kemudian ikut arahan di atas.

  1. Jika kod yang anda terima tidak berfungsi, pilih pautan Hantar Semula Kod pada halaman.

  2. Semak e-mel utama pada akaun bagi e-mel dengan subjek Sahkan perubahan akaun anda dengan kod ini.

    • Jika anda tidak dapat melihat e-mel ini, pastikan anda menyemak folder promosi atau spam anda.

  3. Buka e-mel untuk melihat kod 6 digit.

  4. Kembali ke halaman Pemeriksaan Keselamatan di Netflix, masukkan kod dan klik atau ketik butang Teruskan.

  5. Jika anda memasukkan kod dengan betul, anda akan dihalakan ke skrin tukar e-mel atau tukar nombor telefon untuk meneruskan proses.

Klik atau ketik pautan Cuba Cara Lain pada halaman Pemeriksaan Keselamatan kemudian pilih salah satu kaedah lain untuk mengesahkan identiti anda. Jika anda tidak melihat pilihan ini, sila hubungi kami.

Keadaan ini mungkin berlaku apabila anda melengkapkan Pemeriksaan Keselamatan dengan salah terlalu banyak kali.

  1. Kami akan menghantar anda e-mel dengan subjek Penetapan semula kata laluan diperlukan.

  2. E-mel ini mempunyai arahan tentang cara menetapkan semula kata laluan anda.

    • Jika anda tidak dapat melihat e-mel ini, pastikan anda menyemak folder promosi atau spam anda.

  3. Ikut arahan untuk menetapkan semula kata laluan anda, kemudian cuba perubahan akaun anda yang lain sekali lagi.

  1. Masukkan nombor penuh kad debit atau kredit yang digunakan untuk membayar Netflix.

    Perhatian:Caj tidak akan dikenakan pada kaedah pembayaran anda dan tidak akan diminta untuk memasukkan tarikh tamat tempoh, poskod atau kod keselamatan.

  2. Klik atau ketik Teruskan sebaik sahaja anda selesai.

  3. Jika anda memasukkan nombor kad dengan betul, anda akan dihalakan ke skrin tukar e-mel atau tukar nombor telefon untuk meneruskan proses.

Klik atau ketik pautan Cuba Cara Lain pada halaman Pemeriksaan Keselamatan kemudian pilih salah satu kaedah lain untuk mengesahkan identiti anda.

Keadaan ini mungkin berlaku apabila anda melengkapkan Pemeriksaan Keselamatan dengan salah terlalu banyak kali.

  1. Kami akan menghantar anda e-mel dengan subjek Penetapan semula kata laluan diperlukan.

  2. E-mel ini mempunyai arahan tentang cara menetapkan semula kata laluan anda.

    • Jika anda tidak dapat melihat e-mel ini, pastikan anda menyemak folder promosi atau spam anda.

  3. Ikut arahan untuk menetapkan semula kata laluan anda, kemudian cuba perubahan akaun anda yang lain sekali lagi.

Jika anda menerima kod tetapi tidak cuba menukar alamat e-mel atau nombor telefon anda, sila ikut langkah dalam Cara menghentikan seseorang daripada menggunakan akaun anda.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.

Jika anda telah mencuba langkah di atas tetapi masih tidak dapat menukar maklumat akaun anda, sila hubungi kami.

Artikel Berkaitan