Skrin hitam dengan bunyi
Jika anda dapat mendengar bunyi tetapi tidak dapat melihat video atau jika video menjadi hitam semasa menonton, hal ini biasanya bermaksud masalah peranti atau kabel video anda menghentikan Netflix daripada memaparkan video.
Perhatian:Jika tiada apa-apa bunyi atau video, ikut langkah ini.
Untuk menyelesaikan masalah, ikut langkah untuk peranti anda.
Buka Penukar Apl dengan menekan butang Utama sebanyak dua kali. Jika peranti anda tidak mempunyai butang utama, leret ke atas dari bahagian bawah skrin dan tahan.
Leret ke atas pada apl untuk keluar.
Buka apl, kemudian cuba lagi.
Tekan dan tahan butang sisi dan salah satu butang kelantangan pada masa yang sama sehingga gelangsar dipaparkan. Seret gelangsar atas untuk mematikan peranti anda sepenuhnya.
Jika gelangsar tidak dipaparkan, tekan dan tahan butang Tidur/Bangun sehingga gelangsar merah dipaparkan, kemudian seret gelangsar.
Selepas 10 saat, tekan butang Tidur/Bangun.
Setelah kuasa peranti anda dihidupkan, cuba Netflix sekali lagi.
Pastikan penyesuai video anda disokong
Tanggalkan semua kabel yang bersambung dengan penyesuai, kemudian sambungkannya kepada iPhone atau iPad anda.
Pergi ke Tetapan > Umum > Perihal > Penyesuai HDMI Apple.
Periksa Nombor Model.
Jika anda melihat A1438 atau A1621, maka penyesuai anda disokong. Cuba gunakan kabel atau port HDMI yang berlainan pada TV anda. Jika langkah tersebut tidak berfungsi, ikut langkah Apple untuk menyelesaikan masalah sambungan video yang berlainan.
Jika anda tidak melihat A1438 atau A1621, maka model penyesuai anda tidak disokong dan merupakan penyebab masalah tersebut. Lihat penyesuai Lightning yang disokong oleh Netflix.
Untuk masalah berkenaan peranti iPhone dan iPad dengan port USB-C, pilihan ini mungkin membantu:
Pastikan TV atau paparan anda ditetapkan kepada sumber input video yang betul.
Pastikan kabel atau penyesuai video anda menyokong HDCP 2.2.
Cuba terbalikkan hujung kabel atau penyesuai video.
Jika boleh, cuba sambung kepada port video yang berlainan pada TV atau paparan anda.
AirPlay dan Pencerminan Skrin tidak lagi disokong oleh Netflix.
Untuk menggunakan iPhone atau iPad untuk menonton Netflix pada TV, gunakan sambungan yang disokong.
Pencerminan Skrin dan Sidecar tidak lagi disokong oleh Netflix dan perlu dimatikan semasa Netflix sedang dimainkan. Untuk mendapatkan bantuan mematikan ciri ini, hubungi Sokongan Apple.
Jika anda menggunakan penyemak imbas web:
Pergi ke penyemak imbas disokong Netflix untuk mengemas kini penyemak imbas web anda atau mendapatkan penyemak imbas yang berbeza.
Anda mungkin perlu mengemas kini pemacu video komputer anda atau memasang pemacu video yang disokong oleh Windows 10.
Khidmat Pelanggan Netflix tidak dapat membantu dalam langkah ini. Jika anda keberatan untuk berbuat demikian sendiri, hubungi pengeluar komputer anda untuk mendapatkan bantuan.
Jika komputer anda menggunakan kad grafik atau GPU, guna perisian yang dipasang dengan kad untuk mengemas kini pemacu videonya.
Perhatian:AMD dan NVIDIA merupakan penerbit paling kerap bagi GPU dan perisian GPU.
Jika kemas kini tidak berfungsi atau kemas kini tidak tersedia, nyahpasang dan pasang semula pemacu tersebut.
Jika tiada pemacu video bagi komputer anda yang disokong oleh Windows 10, cuba mainkan Netflix dengan peranti atau penyemak imbas yang berlainan, seperti Google Chrome, Mozilla Firefox atau Opera.
Jika anda menggunakan apl Netflix untuk Windows:
Penetapan semula apl akan mendaftar keluar anda daripada Netflix.
Klik menu Mula, kemudian klik Tetapan
.Di sebelah kiri, klik Apl > Apl yang dipasang.
Tatal ke bawah untuk mencari apl Netflix.
Di sebelah apl Netflix, klik Menu
, kemudian klik Pilihan lanjutan.
Di bawah Tetap semula, klik butang Tetap semula.
Cuba Netflix sekali lagi
Anda mungkin perlu mengemas kini pemacu video komputer anda atau memasang pemacu video yang disokong oleh Windows 10.
Khidmat Pelanggan Netflix tidak dapat membantu dalam langkah ini. Jika anda keberatan untuk berbuat demikian sendiri, hubungi pengeluar komputer anda untuk mendapatkan bantuan.
Jika komputer anda menggunakan kad grafik atau GPU, guna perisian yang dipasang dengan kad untuk mengemas kini pemacu videonya.
Perhatian:AMD dan NVIDIA merupakan penerbit paling kerap bagi GPU dan perisian GPU.
Jika kemas kini tidak berfungsi atau kemas kini tidak tersedia, nyahpasang dan pasang semula pemacu tersebut.
Jika tiada pemacu video bagi komputer anda yang disokong oleh Windows 10, cuba mainkan Netflix dengan peranti atau penyemak imbas yang berlainan, seperti Google Chrome, Mozilla Firefox atau Opera.
Pergi ke penyemak imbas disokong Netflix untuk mengemas kini penyemak imbas web anda atau mendapatkan penyemak imbas yang berbeza.
AirPlay dan Pencerminan Skrin tidak lagi disokong oleh Netflix.
Untuk menggunakan Mac anda untuk menonton Netflix pada TV, gunakan sambungan yang disokong.
Pencerminan Skrin dan Sidecar tidak lagi disokong oleh Netflix dan perlu dimatikan semasa Netflix sedang dimainkan.
Untuk mendapatkan bantuan mematikan ciri ini, hubungi Sokongan Apple.
Dalam sudut atas kanan penyemak imbas anda, klik Lagi
.Klik Bantuan > Perihal Google Chrome.
Tunggu sementara Chrome menyemak kemas kini baharu secara automatik.
Jika kemas kini tersedia, klik Lancarkan semula.
Cuba Netflix sekali lagi.
Anda mungkin perlu menyelesaikan masalah kabel video anda. Selepas setiap langkah, cuba Netflix sekali lagi.
Terbalikkan hujung kabel HDMI tersebut.
Jika tersedia, cuba port HDMI yang lain pada TV atau paparan anda.
Cuba gunakan kabel HDMI yang lain.
Jika anda menggunakan PlayStation VR (CUH-ZVR1) generasi pertama pada PlayStation 4 Pro, masalah anda mungkin disebabkan oleh tetapan HDR. Untuk menukar tetapan, ikut langkah berikut.
Matikan HDR
Pada skrin utama PS4, pilih Tetapan.
Pilih Bunyi dan skrin.
Pilih Tetapan Output Video.
Pilih HDR.
Matikan HDR.
Cuba Netflix sekali lagi.
Jika langkah ini dapat menyelesaikan masalah anda tetapi anda masih ingin menstrim Netflix dalam HDR, putuskan sambungan unit PSVR anda dan tonton Netflix terus daripada PlayStation 4 Pro anda.
Jika langkah ini tidak dapat menyelesaikan masalah anda atau anda tidak menggunakan PlayStation VR generasi pertama pada PlayStation 4 Pro, teruskan dengan penyelesaian masalah berikut.
Cabut palam peranti anda daripada kuasa.
Tekan sekali butang kuasa pada peranti dan tunggu 1 minit, atau cabutkan palam peranti dan tunggu 3 minit.
Pasang semula peranti anda.
Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.
Mungkin terdapat masalah pada sambungan antara peranti anda dengan TV.
Untuk menyelesaikan masalah:
Pastikan anda menggunakan kabel HDMI.
Cuba terbalikkan hujung kabel HDMI tersebut.
Pintas sebarang penerima atau sistem bunyi yang digunakan dengan menyambungkan peranti anda terus pada TV anda menggunakan kabel HDMI.
Cuba sambung pada port HDMI yang berlainan pada TV anda.
Cuba kabel HDMI baharu.
Jika tersedia, cuba port HDMI pada TV lain.
Jika anda dapat melakukan penstriman pada TV lain, mungkin terdapat masalah dengan port HDMI pada TV asal. Hubungi pengeluar TV untuk mendapatkan bantuan.

Kami sedang menyiasat masalah ini. Untuk membantu kami membuat siasatan, hubungi kami.