Masalah video dengan Netflix

Jika anda mengalami masalah video atau paparan dengan semua rancangan TV atau filem di Netflix, anda biasanya boleh menyelesaikan masalah tersebut dengan beberapa langkah asas. Untuk bermula, pilih masalah anda di bawah.

Perhatian:Jika hanya satu rancangan TV atau filem menghadapi masalah video, anda boleh terus melaporkan masalah tersebut kepada Netflix.

Jika anda melihat video yang berkualiti rendah di Netflix, terdapat beberapa cara penyelesaian. Ikut langkah kami untuk mendapatkan kualiti video terbaik pada peranti anda.

Jika anda melihat skrin hitam, kosong atau putih semasa anda cuba menonton atau membuka Netflix, hal ini biasanya bermaksud terdapat masalah dengan peranti anda atau kabel yang menyambungkan peranti kepada TV anda.

Untuk mendapatkan langkah penyelesaian masalah, gunakan pautan yang berikut.

Jika video Netflix terganggu, dalam saiz yang salah, melangkau atau tersekat-sekat semasa dimainkan, hal ini biasanya bermaksud terdapat masalah dengan tetapan pada TV atau peranti penstriman anda.

Untuk mendapatkan langkah penyelesaian masalah, gunakan pautan yang berikut.

Jika warna atau rona video Netflix salah semasa anda cuba menonton Netflix, hal ini biasanya bermaksud terdapat masalah dengan tetapan pada peranti anda atau kabel yang menyambungkan peranti kepada TV anda.

Untuk mendapatkan langkah penyelesaian masalah, gunakan pautan yang berikut.

Jika anda menghadapi masalah warna atau rona video berlainan yang tidak disenaraikan di atas, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Bagi masalah video yang lain, gunakan pautan berikut untuk mengetahui langkah penyelesaian masalah.

Jika anda menghadapi masalah video berlainan yang tidak disenaraikan pada halaman ini, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Artikel Berkaitan