Dikenakan caj berganda oleh Netflix

Jika anda telah menukar kepada pelan dengan harga yang lebih mahal atau membeli slot ahli tambahan baru-baru ini, anda boleh melihat berbilang caj dikenakan pada bulan tersebut.

  • Penukaran kepada pelan dengan harga yang lebih mahal berkuat kuasa dengan serta-merta agar anda boleh menikmati semua ciri yang ditambahkan. Tarikh pengebilan anda mungkin berubah berdasarkan baki daripada pembayaran terakhir anda, atau anda mungkin membayar jumlah prorata yang berasingan untuk baki tersebut, menyebabkan caj berganda dikenakan oleh Netflix pada bulan yang sama.

  • Apabila membeli slot ahli tambahan, anda akan dikenakan jumlah prorata yang berasingan bagi bulan pertama, menyebabkan caj berganda dikenakan oleh Netflix pada bulan yang sama.

Jika anda melihat berbilang caj dikenakan dan bukan disebabkan oleh salah satu daripada perkara di atas, sila hubungi kami.


Bukan sesuatu yang mahu anda cari? Lihat juga Caj tidak dikenal pasti atau tidak diizinkan daripada Netflix atau Dikenakan caj selepas membatalkan Netflix.

Artikel Berkaitan