Betulkan masalah pada TV atau pemain media penstriman anda

Jika Netflix tidak berfungsi pada TV anda atau peranti yang disambung kepada TV anda, masalah tersebut lazimnya boleh dibetulkan dengan langkah penyelesaian masalah asas ini.

  1. Matikan peranti anda. Jika peranti anda mempunyai kabel kuasa, cabut palam peranti anda.

  2. Pastikan peranti anda dimatikan sepenuhnya dan bukan dalam mod tidur atau tunggu sedia.

  3. Biarkan peranti anda dimatikan selama 15 saat.

  4. Hidupkan peranti anda dan cuba Netflix sekali lagi.

Resetting modem and device, 30-sec timer, cable unplugged.

  1. Matikan peranti anda, atau cabut palam modem dan penghala anda daripada kuasa.

  2. Selepas 30 saat, pasangkan palam modem dan penghala anda.

  3. Tunggu 1 minit, kemudian matikan peranti anda.

  4. Cuba Netflix sekali lagi.

Perhatian:Sesetengah peranti, modem dan penghala mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menyambung semula kepada Internet.

  1. Pergi ke skrin utama Netflix, kemudian pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan > Daftar keluar > Ya.

  3. Daftar masuk kembali, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

Jika peranti anda berada pada skrin ralat:

  1. Pilih Butiran Lanjut.

  2. Pilih Daftar keluar atau Tetapkan semula.

  3. Daftar masuk kembali, kemudian cuba Netflix sekali lagi.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Tetapkan semula atau Nyahaktifkan.

Cuba cari kod ralat atau isu yang anda hadapi dalam Pusat Bantuan kami. Mungkin terdapat artikel dengan langkah untuk menyelesaikan masalah atau ralat yang sepadan pada peranti anda dalam Pusat Bantuan kami.

Jika langkah tersebut tidak membetulkan masalah atau tiada artikel yang sepadan dengan isu anda, hubungi Khidmat Pelanggan untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Artikel Berkaitan