Kemas kini kepada susun atur dan pengalaman TV Netflix
Netflix pada TV dan peranti penstriman TV kini telah berubah rupa.
Apakah yang baharu?
Reka bentuk dan navigasi baharu
Anda akan menemukan pintasan kepada rancangan TV, filem, permainan, Netflix Sayadan profil anda dalam menu di bahagian atas.
Perhatian: Permainan pada TV ialah pengalaman beta dan mungkin tidak tersedia, bergantung pada negara anda dan keperluan perkakasan.
Netflix Saya ialah destinasi baharu untuk semua kandungan yang anda tambahkan kepada Senarai Saya, tajuk Teruskan Tontonan, rancangan dan filem yang telah anda tonton dan sukai, Peringatan dan banyak lagi.
Tekan butang kembali pada alat kawalan jauh anda untuk kembali kepada menu bahagian atas pada halaman utama dengan pantas pada bila-bila masa.
Cadangan baharu
Apabila anda menggunakan Netflix, sistem cadangan kami membantu anda mencari rancangan, filem atau permainan dengan mudah untuk dinikmati.
Kami akan melaksanakan penambahbaikan pada sistem cadangan kami dengan pengalaman TV baharu. Semasa anda menyemak imbas kandungan, kami akan mengemas kini cadangan yang dipaparkan kepada anda berdasarkan tindakan anda seperti menonton treler atau menambahkan “suka” pada sesebuah tajuk.
Pengalaman TV baharu ini tersedia pada kebanyakan TV dan peranti penstriman TV.