Pemadaman, pembuangan dan pengekalan maklumat

Rujuk bahagian yang berkenaan di bawah untuk arahan tentang cara mengalih keluar maklumat yang dikaitkan dengan akaun anda.

Alamat e-mel diperlukan untuk akaun Netflix anda agar kami boleh berkomunikasi dengan anda berkenaan keahlian anda. Kami juga mungkin menggunakan alamat e-mel anda bagi tujuan yang berbeza daripada yang diperihalkan dalam Pernyataan Privasi Netflix.

Jika alamat e-mel anda dikaitkan dengan akaun Netflix yang bukan anda cipta dan anda ingin mengalih keluar alamat e-mel anda daripada akaun tersebut, sila hubungi privacy@netflix.com untuk mendapatkan bantuan.

Untuk memadamkan alamat e-mel yang dikaitkan dengan profil sekunder pada akaun Netflix, sila rujuk Cara mencipta, mengedit atau memadamkan profil.

Jika anda mendaftar untuk pelan langganan dengan iklan, anda boleh meminta pemadaman tarikh lahir yang anda berikan apabila anda mendaftar untuk pelan tersebut. Untuk berbuat demikian, sila hubungi privacy@netflix.com untuk mendapatkan bantuan. Hal ini tidak berkenaan jika anda tidak mendaftar untuk pelan langganan dengan iklan.

Pengekalan Maklumat Peribadi

Kami akan mengekalkan maklumat peribadi seperti yang dikehendaki atau diizinkan oleh undang-undang dan peraturan berkenaan termasuk untuk memenuhi pilihan anda, untuk tujuan pengebilan atau rekod kami dan jika perlu untuk memenuhi tujuan yang diperihalkan dalam Pernyataan Privasi Netflix.

Lihat Halaman bantuan Privasi dan Keselamatan untuk maklumat tentang lebih banyak topik.

Artikel Berkaitan