Cara menyemak tarikh pengebilan Netflix anda
Masa pembayaran Netflix anda
Kitaran pengebilan anda bermula pada tarikh anda mendaftar. Keahlian Netflix anda dikenakan caj pada permulaan kitaran pengebilan dan mungkin mengambil masa beberapa hari untuk dipaparkan pada akaun anda.
Lihat tarikh pengebilan anda
Anda boleh menemukan tarikh pengebilan anda pada bahagian atas halaman Sejarah Pembayaran (anda mungkin perlu mendaftar masuk). Anda juga akan melihat senarai caj terdahulu, termasuk sebarang cukai yang berkenaan.
Sebab tarikh pengebilan mungkin berubah
Peningkatan atau penukaran pelan: Penukaran kepada pelan dengan harga yang lebih mahal atau penambahan ahli tambahan boleh mencetuskan caj prorata atau mengubah kitaran pengebilan anda berdasarkan baki kredit yang tinggal.
Kegagalan atau penahanan pembayaran: Jika pembayaran bulanan gagal disebabkan oleh dana yang tidak mencukupi atau kad tamat tempoh, akaun anda akan ditahan. Setelah selesai, tarikh pengebilan anda ditetapkan semula kepada tarikh pembayaran berjaya dibuat.
Pengebilan pihak ketiga: Jika anda membuat pembayaran untuk Netflix melalui pihak ketiga, tarikh pengebilan penyedia mungkin berbeza dengan tarikh pengebilan Netflix anda.
Bulan yang lebih pendek: Jika tarikh pengebilan anda tidak jatuh pada hari terakhir setiap bulan (contohnya, 31hb), anda akan dibilkan pada hari terakhir bulan tersebut.
Zon waktu: Tarikh pengebilan anda mungkin sehari lebih awal atau lambat disebabkan oleh perbezaan zon waktu.
Ubah tarikh pengebilan
Anda tidak boleh mengubah tarikh pengebilan tetapi anda boleh:
Jika anda membuat pembatalan dalam tempoh pengebilan semasa, anda boleh terus menonton Netflix sehingga tempoh pengebilan anda tamat. Jika akaun anda ditahan, akaun anda akan dibatalkan dengan serta-merta.
Memulakan semula akaun pada tarikh yang ingin anda dibilkan.