Cara mendapatkan kawalan ibu bapa terkini

Jika anda sudah menggunakan kawalan ibu bapa yang digunakan pada keseluruhan akaun Netflix anda, anda boleh mendapatkan versi terkini dan menyesuaikan kawalan bagi profil individu.

Untuk mendapatkan versi terkini kawalan ibu bapa:

  1. Daripada pelayar web, pergi ke halaman Akaun anda.

  2. Buka Kawalan Ibu Bapa

    • Jika anda tidak nampak pautan untuk Kawalan Ibu Bapa, maka anda sudah mempunyai versi terkini dan boleh menggunakan kawalan pada setiap profil. Gunakan Kawalan ibu bapa pada Netflix untuk melihat pilihan anda.

  3. Setelah anda melihat halaman Kawalan Ibu Bapa Baharu dengan butiran tentang kawalan ibu bapa bagi setiap profil, anda boleh:

    • Pilih tahap kematangan bagi setiap profil.

    • Memerlukan PIN untuk mengakses setiap profil.

    • Semak senarai Tajuk Terhad bagi setiap profil (yang akan dipindahkan daripada kawalan ibu bapa anda yang sedia ada).

  4. Klik Simpan.

Perhatian:
Peranti anda mungkin perlu disegar semula untuk menerapkan tetapan yang dikemas kini. Untuk segar semula:
Tukar kepada profil lain, kemudian tukar kembali.
Atau daftar keluar daripada peranti anda dan daftar masuk kembali.

Mengapakah saya digesa untuk mengemas kini kawalan ibu bapa?

Untuk memberi ahli keluarga lebih banyak kawalan pada rancangan TV, filem dan permainan yang ditonton atau dimainkan oleh kanak-kanak, anda boleh menggunakan kawalan ibu bapa anda pada setiap profil dan bukannya seluruh akaun Netflix anda. 


Jika anda mahu menggunakan satu PIN untuk menyekat tontonan pada seluruh akaun, klik Batal dan bukannya menggunakan kawalan pada setiap profil.

Mengapakah saya TIDAK digesa untuk menggunakan kawalan ibu bapa pada setiap profil?

Jika anda tidak pernah menggunakan kawalan ibu bapa atau mula menggunakan kawalan ibu bapa selepas ciri yang dikemas kini tersedia, maka perubahan tidak perlu dilakukan. Anda boleh mula menggunakan kawalan ibu bapa pada mana-mana profil Netflix anda.

Bolehkah saya mengekalkan PIN akaun tunggal saya untuk kawalan ibu bapa?

Ya. Untuk terus menggunakan satu PIN untuk menyekat tontonan pada seluruh akaun, klik Batal dan bukannya menggunakan kawalan pada setiap profil.

Anda akan terus digesa untuk memasukkan PIN kawalan ibu bapa anda untuk menstrim apa-apa kandungan yang melebihi klasifikasi kematangan yang dibenarkan tetapi tidak akan dapat membuat perubahan tanpa mengemas kini kepada versi terkini. Untuk mengemas kini kawalan tahap profil, pergi ke Kawalan Ibu Bapa akaun anda pada bila-bila masa.

Bolehkah saya mendapatkan semula perlindungan PIN lama jika saya membuat kemas kini?

Tidak. Setelah anda membuat kemas kini untuk menyesuaikan kawalan ibu bapa bagi setiap profil, tiada pilihan untuk menggunakan PIN tunggal bagi seluruh akaun. Anda boleh mencipta PIN untuk mengawal akses kepada profil tertentu menggunakan Kunci Profil.

Artikel Berkaitan