Maklum balas tentang tajuk di Netflix

Di Netflix, kami mahu menghiburkan dunia. Apa-apa cita rasa anda dan di mana-mana sahaja anda tinggal, kami memberi anda akses kepada rancangan TV, filem, dokumentari dan permainan yang terbaik. Kami peminat hiburan yang terbesar di dunia dan kami sentiasa mahu membantu anda mencari kisah kegemaran anda yang seterusnya. Matlamat utama kami adalah memastikan anda mempunyai pengalaman yang seronok di Netflix.

Kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang inklusif. Kami memberikan peluang bersuara kepada semua orang dari seluruh dunia, merangkumi pelbagai spektrum cita rasa, kepercayaan dan subjek serta menghormati integriti artistik pencipta.

Walaupun bukan semua orang menikmati segala tawaran perkhidmatan kami, tetapi kami berusaha untuk memberikan seberapa banyak maklumat kepada anda untuk membuat pilihan yang tepat tentang sesuatu untuk ditonton atau dimainkan. Anda boleh mengawal item yang ditunjukkan kepada anda dan keluarga anda dengan alat Kawalan Ibu Bapa yang terbina dalam perkhidmatan kami.

Kami mengalu-alukan semua maklum balas, pertanyaan dan aduan. Cara termudah dan terpantas untuk mengemukakan pertanyaan atau kebimbangan berkaitan perkhidmatan kami, termasuk tajuk kami adalah dengan menghubungi kami.

Kawalan Ibu Bapa

Cari, Semak Imbas dan Sejarah Tontonan

Melaporkan Masalah Main Balik

Rancangan TV dan Filem yang Tersedia

Artikel Berkaitan