Mighty Quest Rogue Palace - Sokongan Permainan
Platform: Peranti mudah alih yang memenuhi keperluan peranti minimum
Telefon & tablet Android: Android 8.0 atau lebih baharu, peranti yang disokong atau gabungan set cip/GPU
Peranti popular yang tidak disokong termasuk: Motorola Moto E6, Motorola Moto G Play, Motorola G Pure, Oppo A5s (AX5s) dan Sony Xperia L3.
Jika anda melihat "Peranti anda tidak serasi dengan versi ini" semasa cuba memuat turun, rujuk "Penyelesaian Masalah/Isu" di bawah.
iPhone, iPad atau iPod touch: iOS/iPadOS 15 atau lebih baharu
Kategori permainan: Main Peranan / Aksi
Jumlah pemain: Pemain tunggal
Main di luar talian: Ya
Simpanan awan: Ya
Klasifikasi kematangan kandungan: Lihat Google Play Store atau App Store
Bahasa: Arab, Cina (Tradisional), Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Poland, Portugis (Brazil), Rusia, Sepanyol (Castil), Sepanyol (Amerika Latin), Sweden, Thai, Turkiye
Pembangun: Ubisoft Entertainment
Keperluan
Untuk bermain Mighty Quest Rogue Palace, anda perlu memasang permainan pada peranti anda terlebih dahulu. Anda memerlukan:
Peranti yang memenuhi keperluan peranti minimum:
Telefon & tablet Android: Android 8.0 atau lebih baharu, peranti yang disokong atau gabungan set cip/GPU
iPhone, iPad atau iPod touch: iOS/iPadOS 15 atau lebih baharu
Langganan Netflix yang aktif
Sambungan Internet untuk memuat turun dan memasang permainan
Ruang storan yang mencukupi pada peranti anda
Pemasangan
Daripada apl Netflix
Apl Netflix menyertakan baris Permainan Mudah Alih pada skrin utama dan tab Permainan di bahagian bawah.
Pada skrin utama dalam apl, tatal ke bawah untuk mencari baris Permainan Mudah Alih atau ketik tab Permainan.
Perhatian:Baris Permainan Mudah Alih atau tab Permainan tidak dipaparkan? Pastikan anda mempunyai versi apl Netflix yang terkini. Lihat Cara mengemas kini apl Netflix pada peranti Android anda.
Ketik pada permainan, kemudian ketik Dapatkan Permainan. Play Store akan dibuka.
Ketik Pasang.
Bergantung pada tetapan permainan dan peranti anda, skrin Kebenaran mungkin dipaparkan. Pilih Terima.
Permainan akan dimuat turun dan dipasang. Apabila selesai, pilih Buka.
Setelah permainan dipasang, anda boleh membuka permainan daripada baris Permainan Mudah Alih atau tab Permainan dalam apl Netflix. Anda juga boleh mengetik ikon permainan tersebut pada skrin utama peranti anda atau dalam laci apl.
Permainan akan dilancarkan. Ketik ikon Profil dalam permainan jika anda ingin menukar kepada profil lain dan mula bermain!
Daripada Play Store
Anda juga boleh mencari permainan dalam Google Play Store.
Buka Play Store dan cari permainan mengikut nama atau lihat semua permainan Netflix yang tersedia.
Pilih permainan daripada hasil carian dan ketik Pasang.
Bergantung pada tetapan permainan dan peranti anda, skrin Kebenaran mungkin dipaparkan. Pilih Terima.
Permainan akan dimuat turun dan dipasang. Apabila selesai, pilih Buka.
Setelah permainan dipasang, anda boleh membuka permainan daripada baris Permainan Mudah Alih atau tab Permainan dalam apl Netflix. Anda juga boleh mengetik ikon permainan tersebut pada skrin utama peranti anda atau dalam laci apl.
Jika digesa, ketik Teruskan, kemudian daftar masuk menggunakan alamat e-mel dan kata laluan akaun Netflix anda
Pilih profil Netflix anda dan mula bermain!
Permainan Netflix tidak tersedia dalam profil Kanak-kanak. Permainan mungkin tidak dipaparkan dalam profil jika tetapan kematangan yang ditetapkan bagi profil tersebut lebih rendah daripada klasifikasi kematangan permainan atau jika peranti anda tidak serasi dengan permainan.
Daripada apl Netflix
Apl Netflix menyertakan baris Permainan Mudah Alih pada skrin utama.
Pada skrin utama dalam apl, tatal ke bawah untuk mencari baris Permainan Mudah Alih.
Perhatian:Baris Permainan Mudah Alih tidak dipaparkan? Pastikan anda mempunyai versi apl Netflix yang terkini. Lihat Cara mengemas kini apl Netflix pada iPhone, iPad atau iPod touch.
Ketik permainan, kemudian ketik Dapatkan Permainan atau Mainkan Permainan.
Ketik Dapatkan atau ikon Awan pada sepanduk App Store.
Permainan akan dimuat turun dan dipasang. Apabila selesai, ketik Buka.
Setelah permainan dipasang, anda boleh membuka permainan daripada baris Permainan Mudah Alih dalam apl Netflix atau dengan mengetik ikon permainan tersebut pada skrin utama peranti anda.
Permainan akan dilancarkan. Ketik ikon Profil dalam permainan jika anda ingin menukar kepada profil lain dan mula bermain!
Daripada App Store
Anda juga boleh mencari permainan dalam App Store.
Buka App Store dan cari permainan mengikut nama atau lihat semua permainan Netflix yang tersedia.
Pilih permainan daripada hasil carian dan ketik Dapatkan atau ikon Awan.
Permainan akan dimuat turun dan dipasang. Apabila selesai, ketik Buka.
Setelah permainan dipasang, anda boleh membuka permainan daripada baris Permainan Mudah Alih dalam apl Netflix atau dengan mengetik ikon permainan tersebut pada skrin utama peranti anda.
Jika digesa untuk log masuk, ketik Seterusnya, kemudian masukkan alamat e-mel dan kata laluan akaun Netflix anda. Pilih Log masuk.
Pilih profil Netflix anda dan mula bermain!
Permainan Netflix tidak tersedia dalam profil Kanak-kanak. Permainan mungkin tidak dipaparkan dalam profil jika tetapan kematangan yang ditetapkan bagi profil tersebut lebih rendah daripada klasifikasi kematangan permainan atau jika peranti anda tidak serasi dengan permainan.
Kebuntuan di tengah-tengah permainan? Tertanya-tanya cara bermain? Mempunyai pertanyaan tentang tetapan dalam permainan? Berikut ialah jawapan untuk soalan lazim berkaitan cara bermain.
Semasa dalam permainan, anda akan berlawan untuk mengumpulkan bahagian peralatan yang berlainan bagi pelbagai wira yang boleh dimainkan. Selepas mengumpulkan semua bahagian peralatan yang diperlukan untuk seseorang wira, satu nod akan dipaparkan pada peta dan anda boleh berlawan dengan mereka. Selepas menewaskan wira, mereka akan menjadi watak yang boleh dimainkan dalam sesi akan datang.
Bahagian peralatan yang dikumpulkan bagi setiap wira, termasuk wira yang telah diaktifkan, boleh dilihat dalam King's Throne apabila bercakap dengan Harold of Acedia dan menyemak perisai anda. Anda juga boleh menyemak perisai anda semasa berlari dengan mengetik buku di bahagian bawah kiri skrin anda.
Menghadapi masalah berkaitan permainan? Berikut ialah penyelesaian yang boleh anda cuba untuk masalah umum.
Jika anda melihat mesej "Peranti anda tidak serasi dengan versi ini" pada Google Play Store apabila anda cuba memuat turun permainan, hal ini mungkin disebabkan oleh set cip dan GPU peranti anda.
Jika peranti anda dilengkapi salah satu gabungan set cip dan GPU yang disenaraikan di bawah, anda perlu bermain Mighty Quest Rogue Palace pada peranti lain.
Gabungan set cip dan GPU yang tidak disokong:
Set Cip | GPU |
Exynos 7570 | Mali-T720 |
Exynos 7870 | Mali-T830 |
HiSilicon KIRIN655 Kirin 655 | Mali-T830 |
Mediatek Helio A22 MT6761 | PowerVR GE8300 |
Mediatek Helio P35 MT6765 | PowerVR GE8320 |
MediaTek MT6737T | Mali-T720 |
Mediatek MT6739CH Mediatek MT6739CW Mediatek MT6739WA Mediatek MT6739WM Mediatek MT6739WW | PowerVR GE8100 |
MediaTek MT8163 | Mali-T720 |
MediaTek MT8168A MediaTek MT8168B | Mali-G52 |
Mediatek MT8173 | PowerVR GX6250 |
Qualcomm Snapdragon 430 | Adreno 505 |
Qualcomm Snapdragon 625 | Adreno 506 |
Qualcomm Snapdragon 660 | Adreno 512 |
Qualcomm Snapdragon 662 SM6115 | Adreno 610 |
Qualcomm Snapdragon 665 SM6125 | Adreno 610 |
Qualcomm Snapdragon 675 | Adreno 612 |
Samsung Exynos 7580 Octa | Mali-T720 |
Samsung Exynos 7884B | Mali-G71 |
Samsung Exynos 7885 | Mali-G71 |
Samsung Exynos 7904 | Mali-G71 |
Spreadtrum UniSoC SC9863A | PowerVR GE8322 |
Jika langkah tersebut tidak menyelesaikan masalah anda atau masalah berterusan selepas melakukan langkah tersebut, hubungi kami untuk mendapatkan bantuan lanjut.
Tidak menemui sesuatu yang mahu anda cari? Lihat artikel Netflix Games kami. Anda juga boleh menghubungi kami pada bila-bila masa.