Cara menggunakan Netflix pada TV Samsung atau pemain Blu-ray anda

Rujuk artikel ini untuk mengetahui tentang ciri Netflix pada TV Samsung, projektor, pemain Blu-ray atau sistem teater rumah anda, termasuk cara menyediakan dan mendaftar keluar daripada akaun anda. Jika anda tidak pasti sama ada Netflix berfungsi pada peranti anda, ikut langkah dalam bahagian “Sediakan Netflix”.

Netflix tersedia pada banyak peranti Samsung.

Ciri penstriman Netflix pada peranti yang disokong termasuk:

Rantau yang disokong

Netflix tersedia di seluruh dunia. Kebanyakan peranti akan berfungsi di tempat yang tersedia dengan Netflix tetapi sesetengah peranti lama hanya akan berfungsi di negara peranti dibeli. Jika anda membuat pertimbangan untuk membeli peranti baharu, rujuk pengeluar untuk mengetahui sama ada peranti tersebut menyokong Netflix di rantau anda.

Navigasi

Pada kebanyakan peranti, anda boleh menyemak imbas pelbagai barisan rancangan TV dan filem, termasuk barisan yang dikhaskan untuk pemilihan Senarai Saya. Setiap baris mewakili kategori (contohnya, komedi atau drama) yang kami persembahkan kepada anda berdasarkan rancangan yang anda tonton.

Peranti yang lebih lama mungkin tidak mempunyai barisan kategori tetapi masih membolehkan anda untuk tatal melalui Senarai Saya yang boleh dicipta menggunakan laman web Netflix.

Resolusi

Kebanyakan peranti boleh menstrim Netflix dalam definisi tinggi dengan sambungan Internet yang laju dan akan memainkan Netflix dalam resolusi maksimum yang disokong.

Kawalan ibu bapa

Anda boleh menetapkan kawalan ibu bapa pada profil Netflix individu.

Sari kata & audio alternatif

Ketahui cara menghidupkan sari kata, kapsyen tertutup dan audio alternatif (termasuk bunyi keliling 5.1), yang tersedia pada kebanyakan rancangan TV dan filem. Untuk menyemak sama ada audio 5.1 berfungsi pada peranti anda, pergi ke Asli Netflix untuk melihat sama ada terdapat pilihan audio 5.1. Jika tidak, ciri ini tidak berfungsi pada peranti anda. Anda boleh menyuai khas penampilan sari kata dan kapsyen pada kebanyakan peranti. Peranti yang tidak menyokong penyesuaian akan memaparkan sari kata dan kapsyen dalam penampilan lalai.

Pada sesetengah peranti, anda juga boleh menstrim tajuk terpilih dengan audio Dolby Atmos, termasuk model berikut.

  • TV Ultra HD Samsung (Pilih 2019 atau model lebih baharu)

Untuk menyambungkan TV Samsung, projektor, pemain Blu-ray atau sistem teater rumah anda kepada akaun Netflix anda, pastikan anda berada pada skrin Utama dan buat pilihan berikut yang paling tepat menerangkan peranti anda.

  1. Pilih Netflix daripada skrin Utama.

  2. Pilih Daftar masuk.

  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  4. Pilih Daftar masuk.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

  1. Pilih Internet@TV pada skrin Utama atau tekan Internet@TV pada alat kawalan jauh.

  2. Pilih Netflix.

  3. Pilih Daftar masuk.

  4. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  5. Pilih Daftar masuk.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

  1. Pilih Internet pada skrin Utama untuk mengakses skrin Smart Hub.

  2. Pilih Netflix.

  3. Pilih Daftar masuk.

  4. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  5. Pilih Daftar masuk.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

  1. Mulakan daripada skrin utama TV anda.

  2. Tekan butang Netflix pada alat kawalan jauh anda.

  3. Apabila dalam apl Netflix, pilih Daftar Masuk dan ikut arahan pada skrin.

  1. Tekan butang Smart Hub.

  2. Pilih Netflix.

  3. Pilih Daftar masuk.

  4. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan Netflix anda.

  5. Pilih Daftar masuk.

Peranti anda kini disambungkan kepada akaun Netflix anda.

Untuk memulakan semula atau mendaftar masuk dengan alamat e-mel yang berlainan pada bila-bila masa semasa proses ini, gunakan kekunci anak panah pada alat kawalan anda untuk memasukkan urutan berikut:

  • Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas

  • Pilih Daftar keluar, Mulakan Semula atau Nyahaktifkan.

Untuk daftar keluar daripada akaun Netflix pada peranti anda, ikut langkah berikut.

  1. Pergi ke skrin utama Netflix, kemudian pergi ke kiri untuk membuka menu.

  2. Pada bahagian bawah, pilih Dapatkan Bantuan > Daftar keluar > Ya.

    Perhatian:Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, pergi ke atas dan pilih Tetapan.

Jika anda tidak melihat Dapatkan Bantuan, Tetapan atau Daftar keluar:

  1. Tekan butang ini mengikut urutan ini menggunakan alat kawalan jauh anda: Atas, Atas, Bawah, Bawah, Kiri, Kanan, Kiri, Kanan, Atas, Atas, Atas, Atas.

  2. Pada menu yang dipaparkan, pilih Daftar keluar, Mulakan Semula, Tetapkan Semula atau Nyahaktifkan.

Netflix tersedia dalam Ultra HD pada kebanyakan TV dan projektor Ultra HD Samsung. Untuk menstrim dalam Ultra HD, anda akan memerlukan:

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • TV Ultra HD 2014 atau lebih baharu dengan apl Netflix yang dapat menstrim kandungan Ultra HD pada 60 Hz.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Netflix tersedia dalam HDR pada TV dan projektor Samsung yang terpilih. Untuk menstrim dalam HDR, anda memerlukan:

  • TV pintar yang menyokong sama ada Dolby Vision atau HDR10 dan Netflix.

    • Sekiranya anda menggunakan pemain Blu-ray didayakan HDR, anda perlu menyambungkannya kepada TV pintar didayakan HDR melalui port HDMI yang menyokong HDCP 2.2 atau lebih baharu (lazimnya port HDMI 1.)

  • Pelan Netflix yang menyokong penstriman dalam Ultra HD.

  • Kelajuan sambungan Internet yang stabil dengan 15 megabit per saat atau lebih pantas.

  • Kualiti penstriman ditetapkan kepada Auto atau Tinggi.

Artikel Berkaitan