Sebab Netflix meminta maklumat profil

Netflix meminta ahli berkongsi beberapa maklumat asas seperti nama, alamat e-mel dan nombor telefon untuk setiap profil pada akaun. Hal ini membantu untuk memudahkan proses daftar masuk, melindungi akaun dan membolehkan kami memperibadikan Netflix untuk setiap pengguna.

Mengapakah Netflix meminta maklumat ini?

Maklumat profil anda membantu kami:

  • Memudahkan anda untuk mendaftar masuk dan memulihkan akses kepada profil anda

  • Mengesahkan identiti anda dan membantu untuk melindungi akaun anda

  • Memperibadikan pengalaman anda termasuk cadangan, halaman utama, komunikasi dan iklan

    Perhatian: Bagi ahli yang melihat iklan, sebahagian daripada maklumat ini mungkin dapat membantu kami memaparkan iklan yang lebih relevan kepada anda.

  • Memberikan sokongan yang lebih baik jika anda menghubungi Khidmat Pelanggan

Contoh cara kami menggunakan maklumat tersebut adalah seperti berikut:

  • Alamat e-mel membolehkan anda mendaftar masuk menggunakan kod daftar masuk anda sendiri dan tidak memerlukan bantuan pemilik akaun. Hal ini juga membantu anda mengakses semula akaun sekiranya terkunci dan menerima cadangan tersuai serta e-mel tentang kemas kini daripada Netflix.

    Perhatian: Alamat e-mel dan nombor telefon tidak boleh ditambahkan pada profil Kanak-kanak, jadi mereka tidak boleh mendaftar masuk ke Netflix secara terus. Hanya profil bukan Kanak-kanak diminta untuk menambahkan butiran ini.

  • Nombor telefon memberikan cara lain untuk mendaftar masuk ke akaun anda.

  • Nama membantu untuk memperibadikan profil dan memudahkan pasukan Khidmat Pelanggan kami membantu anda.

  • Tarikh lahir membantu kami memaparkan tajuk dan cadangan yang sesuai dengan umur.

  • Jantina (pilihan) boleh membantu untuk memperibadikan pengalaman Netflix anda.

Untuk memahami sepenuhnya penggunaan kami terhadap maklumat peribadi ini, sila lihat Pernyataan Privasi kami.

Anda mungkin diminta untuk menambahkan maklumat pada profil anda pada masa dan bahagian yang berbeza, seperti semasa anda mendaftar, mencipta atau memilih profil atau dalam tetapan akaun. Anda mungkin diminta untuk menambahkan maklumat dari semasa ke semasa apabila kami memperkenalkan cara baharu yang menjadikan Netflix lebih mudah digunakan dan lebih diperibadikan.

Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang cara Netflix mengendalikan data anda, lihat Pernyataan Privasi, Halaman Bantuan Privasi dan Keselamatan kami, serta Maklumat peribadi anda yang dipegang oleh Netflix dan cara meminta salinannya.

Cara melihat atau mengemas kini maklumat anda

Anda boleh melihat dan mengubah maklumat pada mana-mana profil pada bila-bila masa.

  1. Lawati halaman Akaun pada penyemak imbas web. Anda mungkin perlu mendaftar masuk jika anda belum berbuat demikian.

  2. Pilih Profil, kemudian pilih profil anda.

  3. Klik nama profil anda untuk mengedit maklumat peribadi dan maklumat hubungan.

  4. Di bawah Maklumat Hubungan, tambahkan atau kemas kini nama profil, e-mel, nombor telefon atau butiran lain anda.

    Perhatian: Setiap alamat e-mel dan nombor telefon mestilah unik dan tidak boleh digunakan pada akaun atau profil Netflix yang lain.

Individu yang boleh membuat perubahan:

  • Pemilik akaun boleh melihat, menambahkan, mengubah atau mengalih keluar maklumat pada mana-mana profil pada akaun tersebut.

  • Pengguna profil boleh mengemas kini maklumat mereka sendiri tetapi tidak boleh menukar profil lain.

Cara mendaftar masuk dengan e-mel profil atau nombor telefon

Setelah alamat e-mel atau nombor telefon yang disahkan ditambahkan pada profil, individu tersebut boleh mendaftar masuk menggunakan e-mel atau telefon mereka dan kod laluan sekali guna (kod daftar masuk) yang dihantar melalui e-mel atau SMS.

  • Anda masih boleh menukar dan menonton pada mana-mana profil, tanpa mengira cara anda mendaftar masuk ke Netflix.

  • Jika anda menghadapi masalah untuk mendaftar masuk menggunakan e-mel atau nombor telefon profil, anda masih boleh mendaftar masuk menggunakan e-mel atau nombor telefon akaun utama dan kod daftar masuk atau kata laluan.

  • Alamat e-mel tidak boleh ditambahkan pada profil Kanak-kanak, jadi mereka tidak boleh mendaftar masuk ke Netflix secara terus.

Ya. Semua profil bukan Kanak-kanak memerlukan maklumat hubungan pada profil masing-masing. Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin melihat pilihan untuk menambahkan maklumat ini kemudian. Anda mungkin melihat gesaan dalam profil anda sehingga maklumat hubungan ditambahkan.

Tindakan akaun yang memerlukan anda mengesahkan identiti mungkin dihantar kepada kaedah hubungan utama pemilik akaun. Jika anda melihat gesaan untuk pengesahan (skrin "Mula-mula, kami perlu mengesahkan identiti anda"), anda mungkin perlu menghubungi pemilik akaun untuk mendapatkan kod melalui e-mel atau telefon.

Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan atau menggunakan kod daftar masuk, langkah ini boleh membantu anda menyelesaikan masalah lazim. Jika anda menghadapi masalah lain berkenaan daftar masuk ke akaun Netflix, rujuk artikel Tidak dapat mendaftar masuk ke Netflix.

Artikel Berkaitan