Pertanyaan Anda tentang Proses Perundangan

Kami melancarkan Portal Penguatkuasaan Undang-undang Netflix. Anda akan diminta untuk membuat akaun untuk menghantar semula permintaan anda melalui portal jika negara anda disokong. Kami akan menghantar e-mel kepada anda dengan panduan tambahan.

Terima kasih kerana menghubungi Netflix. Mesej e-mel anda telah sampai peti masuk automatik. Peti masuk ini dipantau untuk pertanyaan tentang proses perundangan sahaja.

Jika pertanyaan anda berkenaan isu khidmat pelanggan, sila rujuk help.netflix.com. Kami tidak memberikan balasan untuk pertanyaan berkaitan khidmat pelanggan melalui alamat e-mel ini.

Jika anda pegawai penguat kuasa undang-undang, anda berada di tempat yang betul. Netflix berusaha sedaya upaya untuk membalas permintaan penguatkuasaan undang-undang dalam tempoh 3 minggu selepas penerimaan. Jika maklumat tambahan diperlukan, kami akan menghubungi anda. Untuk mengelakkan sebarang penangguhan dalam pemprosesan permintaan anda, sila elakkan penghantaran duplikasi atau berbilang permintaan status.

Untuk permintaan pendedahan kecemasan yang berada di ambang bahaya kematian atau kecederaan fizikal yang serius bagi seseorang, sila sertakan “Kecemasan” dalam baris subjek. Netflix hanya akan menilai permintaan kecemasan daripada pegawai penguat kuasa undang-undang. Semua permintaan lain akan dikendalikan secara rutin.

Terima kasih,

Netflix

Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, Čeština, Dansk, Deutsch, English, Español, Español España, Français, Français Canadien, Hrvatski, Italiano, Magyar, Nederlands, Norsk Bokmål, Polski, Português, Português do Brasil, Română, Suomi, Svenska, Tiếng Việt, Türkçe, Ελληνικά, Pусский, Українська, עברית , العربية, हिन्दी, ไทย, 繁體中文, 简体中文, 日本語, 한국어

Artikel Berkaitan